Tuesday, September 3, 2013

Tanya sama hati (part 2)

Ko kenapa nie? Asek mengelamun jer. Putus cinta ke ape? Tanya kak siti.. aku antara dengar tak dengar. Dalam hati macam nak jerit jer. "Memang laaaaaa".. tapi aku senyum tak ikhlas jela..

Kak siti wat muka. Mesti dalam hati menyumpah aku. Ape punya adik la. Penat je tanye. Aku suap makanan. Taktau la rase ape. Mcm sedap tapi tak sedap.

"Mama. Bila nk potong kek? Cepat r".. budak kecik ni dah sebuk nak tiup lilin sumer. "Jap la. Bagi mama makan jap." Kak siti memang la. Makan jela aktiviti utama die..

Settle makan sumer nyanyi. Aku macam melayan tapi terpaksa la demi family. Tiup lilin.makan kek. "Uncle, mana hadiah azim?".. hadoi.hadiah ape plak nie? "Hadiah,ala...uncle tinggal kat kedai lagi la..esok uncle bawak balik la".. hazim wat muka sedih.. "relaks la bro.."..

Tengah dok sebuk-sebuk makan kek tu.. sambil tiup-tiup bende bunyik2 tu (apekenamedie)..aku terlanggar orang. Aku macam gelabah giler..

Abes jatuh budak ni aku langgar.. "hadoiii" budak tu cakap. Dah jatuh atas lantai..

Kak siti dah mula bebel. Azim dok jauh kt papa die. "Ko nie..elok2 la. Dah langgar orang.." panjang jugak la kene. Semua orang tengok aku. Aku cam nak selamatkan budak yang jatuh tu dulu..

Tapi tah macam mana..licin terpijak kek..lalu aku pun jatuh sama kat budak tu....

Lalu,bersambunglah lagi.

Monday, September 2, 2013

Ketam Cili

Ok, ni post khas utk orang yang ske makan ketam or udang or lobster.. yang suke tp tak kene gout lg la..dah kene gout mana leh makan seafood sgt kan. nt kene potong lak kaki tu.. ni resepi aku teria suatu ketika dlu la..dan akan aku renew dalam sehari dua lagi.. lapor punye pasal. orang gemok mmg kuat makan kan. tp bkn aku la.aku diet selalu.

ok, bebahan:

ketam yang besar - korang cer try crk ketam yang saiz XXL ke..kot2 jumpe alaskan king crab ke, alaskan spider crab ke. lagi ok kot. jgn pakai ketam yang ciput tu. nt xde isi. kulit je korang makan nt. tecekik lalu mati.


halia byk2- hiris nipis dan panjang2. aku pakai mesin je, so kuar lawa je cam nk bubuh dalam popia tu.

cili blender - kalau malas beli jela yg dlm peket tu, kalau rajin leh wat sendiri.

bawang besar - slapchopkan dia.

daun sup & daun bawang - potong la kecik2.

bawang puting cket jela.

air coke or sparkling water

gula, garam

air asam jawa

kayu manis, biji pelaga, bintang2 tu. korang bli je dlm peket de jual. singgit dua posen aku rse rempah2 tu

cecaranyer:

1- basuh ketam tu leklok.. pastu rebus half cook. kalau korang cam kuno cket, leh la goreng tp nt kering la ketam tu.

2. goreng halian, bawang, bawang putih dan cili sampai wangi. kalau x wangi sembur la perfume ke, febreeze ke.



3. masukkan juga rempah2 kayu manis tu..goreng la sampai naik minyak dan wangi.

4. masukkan daun sup dan daun bawang.



5. bubuh la perasa sumer tu. air asam jawa, gula, garam dan half glass of coke or sparkling water. tp cawan tu jgn la cawan besar sgt lak. ala2 kadar sudah. belen tu leh wat minum ke  ape.

6. gaul2.. bubuh la ketam tu dlm tu.. masak la sampai masak 90% je ketam tu.. rase kot2 xsedap. kalau xsedap korang basuh je ketam tu sumer, makan gitu je. ketam rebus nama die.ade jugak orang letak serai seketul dlm tu..kot2 nk feeling2 kan blh la bubuh jgk. tp kerat pendek la. jgn bubuh ngn daun2 lak.

ok, dah siap. tp kalau korang mmg xreti masak tu xyh la masak. sesia jer nt jd lain.

gambar sekadar hiasan k.

Saturday, August 31, 2013

Kek coklat

Ok. Sumer orang jumpe aku asek bebel tanye mana resepi kek coklat tu. Sebenarnya aku bli je kek tu.. xde masa aku nk wat..wahahaha.kan dah kn tipu sumer skaligus.

Tp xper.aku bg la resepi kek tu kat sini wp aku bli je kan.

Bebahan:
2 cawan tepung gandum/kek (jgn pKI tepung goreng ayam lak)
1 cawan coco powder (jenama pape je nk sedap pakai yg mahal,kedekut g kikis kt pokok koko je)
1 cawan gula halus (kalau xske manis leh kurangkan)
3 biji telur ayam jantan (kahkahkah)
1 1/2 cawan air masak
1 1/4 cawan minyak masak (minyak sawit je murah)
Serbuk penaik
Soda bikarbonat
Air coke 1 tin

- campur sumer bahan kecuali coke dan pukul selama 4 minit. Pastikan smooth ker. Jgn de ketul2 lak. Rambut pun xmo masuk dlm tu. Gigi palsu apatah lagi.

- bakar/kukus sampai masak. Depends jenis oven or microwave la. Tp slalu kt cermin oven kan de tulis suhu. Dlm 30 minit camtu pastu cucuk lidi kt dlm kek.kli kuar xde lekat2 da ok la.

Bebahan makeup kek:
1 tin susu pekat
Coco powder 1 kotak/peket kecik

- gaul bahan tu sampai pekat dan sebati. Nt jd mcm coklat cair tp pekat.

Amek dlm 4 sudu dan bubuh dlm bekas lain. Bubuh la 4 sudu or 7 sudu air panas. Gaul sampai cair. Campuran coklat dan air panas tu pastikan agak cair. Dan curah kat kek coklat. Pastikan kek serap cecair tu.

Sejukkan. Dan nk bedal tu, bubuh la coklat yg takde air tu. Letak la coklat rice cket. Or blh jgk guna coklat ganache..lg senang kot.. tp leceh cket la..

Bedal la sampai kenyang. Kot2 dahaga. Amek air coke td tu minum.

Ok sekian

Wednesday, August 28, 2013

Tanya sama hati (part 1)

Blk umah dan baring. Pk ape la yg dah jd arini.... lalu mengeluh "huuurrmmmm".. aku tak cukup bagus ke? Kenapa? Tiba2, air mata mengalir....

Masa tu jgk la hp bunyik.. ade sms.. mcm malas sgt nak layan sms2 malam2 hari ni.

Tp kalau tak bace, mungkin penting. Mungkin dia yang sms nk mtk maap pasal siang tadi.

Aku gagahkan jugak la carik hp.. bawah katil. Kecewa jugak. Sms dari Kak Siti ajak keluar makan malam. Die nak bwat bday party anak die, HAzim..

Tp serius aku malas nk keluar dah. Sehari aku dekat luar, panas terik. Siap kene maki lagi.. dalam kepala ingat nak mati je..dan tido. Sebuk tengah fikir2..tetibe Kak Siti call. "Man, turun la cepat. Abang kau dah bising nie..nak pegi ke tak?" Bebel Kak Siti padahal die dekat tingkat bawah je. Apela malas sangat, naik la ketuk pintu tu.. "jap la..nak mandi dlu la.baru balik nie. Sejam lg orang turun la" jawap aku.

Tapi dah diam.. xde respon.. aku tgk hp..dah mati rupenya.. xperla. Xyh mandi. Sembur perfume dan turun.. hp tgl je dalam bilik..

Wangi jugak aku walaupun tak mandi...

....sambung lak nt. Letih r menaip pakai hp

Tuesday, August 27, 2013

Dinner menu arini

Ok, tetiap arila orang asek dok tanye nak resepi kek coklat aku la, resepi ketam cili la..mcm2... So mulai saat ini, iaitu jam 7.49 pm ni, aku tulis la beberapa resepi yg agk osem aku dapat drpd chef gordon ramsey.. Ok,aku tipu jer.. De resepi dpt dr kakak aku..dan ade ciptaan sendirik.

So,utk memula, resepi kambeng grill spt di gambar. Sedap dan enak. Ni resepi turun temurun dari zaman mahsuri lg. Die emel aku aritu, suh aku masak..so aku try, sedap gile la plak. Sapa yg penah try tu sila la puji. Yg x penah, korang mmg golongan yang rugi dan loser.

Ok,bebahan - ayam/kambeng/unta etc. Ikan mcm xsesuai sgt,lg pun nt mkn ikan byk, kene gout lak.

Halia, byk giler blender ngn bawang putinh beberapa ketul. Air sikit jer. Aku bg tips la. Nk kupas halia tu pakai sudu jer.senang giler. Halia yg remaja,jgn pakai halia muda, or halia tua bangka.

Dah siap blender tu leh la gaul ngn gula & kicap cair & garam dan juga asam boi merah. Tu la yg bagi kaler oren yg lawa tu. Kalau mcm nk adventure cket, blh la guna cat ke.. Tp pas mkn sure mati.

Perap la sehari or 23 jam dan 50 minit. Bakar sampai masak, guna oven grill etc. Jgn campak dm api sudah. 2 minit sblm angkat tu, bubuh madu atas ayam tu..jgn letak awal nt hangus mahsuri ckp dlm emel tu.. Biar mknn tu relaks jap 2 3 minit pastu bedal sampai abes.

Kalau de extra perap halia tu, blh la guna tempek kat muka.. Wajah akan jelita mcm kak ton.

Ok,selamat makan. Gemoklah malaysia semua.

Monday, August 26, 2013

selamat hari raya

dah lama x tulis blog. sejak asek bce blog org je nie,blog sendirik ditinggalkan. acamtu la kesah rumah tangge dlm drama tv jgk kan. sebuk nk gosip hal rumah org, laki sendirik tgl xmakan nasik. last last laki die g mkn umah bini muda. padan muka die..


so aku nk mula bercerita pasal hari raya nie, seperti biase blk kampung dan aku percaya dan 105% yakin mcm menteri pertahan ckp tu, mesti org kampung tanyw BILE NK KAWIN NIE?????

percayalah sesungguhnya aku juga menghadapi situasi yg sama..sampai aku mcm watever
a bitch,ko jge jela anak ko diam2, sebuk nk suh aku kawin sgt pehal, bknnyer aku nk jemput ko dtg ke ape..tp thn nie style soklan mcm kreatif cket la.. mcm "kalau de bini kan senang basuhkan baju, masak sumer"... or "kalau de bini senang, sumer da ade org uruskan"..hurmm, ketahuilah makcik2 sekalian, keje bini bkn nk bwat sujer tu.. tp jaga
aki je,layan laki tu, jer, keje rumah tu keje suami..

tp pape un,aku xde la terguris sgt sampai nk nangis2 dramatis cam org tertentu tu bile org asek soal camtu, tp aku lg kreatif k, aku g  lepak  tgk wayang,dr pagi ke malam..wahahahaha..

tgk cite conjuring la.wp org ckp cite tu srram gilersssssssss,tp mcm xde pape pun,tu sumer tahyjl,ilusi optik dan melalaikan jer.

tu jela. sekian.

sok sok aku rajin,aku tlis lagi la..nk wat drama jgk la..

Monday, January 28, 2013

William dan kedai elektrik, mana lagi penting?

Tadi buletin utama siar berita pasal william yau, budak lelaki cina umur 7 tahun yang ditemui mati di Klang. Dan aku bace thestaronline, MCA offer RM60,000 untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat tentang nasib yang menimpa budak itu.

Dan semalam juga thestar ada siar artikel pasal kes-kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia sejak zaman 1980-an lagi. Ironi pada artikel itu adalah, semua pihak yang ditanya pendapat berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak malang itu bersalah.

Maka,mari kita jenguk apa yang berlaku. Kebanyakkan kes kehilangan kanak-kanak ini berpunca dari rumah atau dalam kereta yakni ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka yang masih kecil dan tak tau apa-apa tu keluar sendirian atau lagi teruk seperti dalam kes william ini, ibu bapa tinggalkan anak dalam kereta untuk ke kedai barang eletrik.

Aku pun tak faham apa masalah mental ibu bapa itu yang boleh tinggalkan anak mereka macam tu sahaja. Aku adik aku yang dah masuk universiti pun aku tak bagi kuar sensorang apatah lagi budak budak ini. Banyak alasan "ala kejap je,xde apa la", tapi sebanyak mana kejap itu membawa kepada kes-kes yang kita boleh baca sendiri.

Budak kecik perlukan pengawasan ibu bapa, ibu bapa bertangungjawap mendidik anak-anak dan memastikan anak mereka itu selamat. Anak itu amanah tuhan kepada ibu bapa supaya menjadi seorang yang bertanggungjawap. Takde bende yang lagi penting dalam dunia ini selain nyawa anak anak tu. Nak pegi kedai letrik,nak masuk opis kejap amek fail, nak pegi beli nasik lemak rendang skalipun, make sure bawak anak tu atau suruh orang jaga anak tu.

Whatever pun, kelak mesti ada pihak pihak yang akan sokong ibu bapa yang kehilangan anak mereka itu patut dikasihani dan tak patut dibebankan dengzn kes mahkamah. Namun, if the child is still alive for sure dia jugak akan dakwa parents die yang lalai dan pentingkan diri sendiri itu. Ibu bapa seperti itu sepatutnya disepuk kepala laju laju biar padan muka.