Monday, January 28, 2013

William dan kedai elektrik, mana lagi penting?

Tadi buletin utama siar berita pasal william yau, budak lelaki cina umur 7 tahun yang ditemui mati di Klang. Dan aku bace thestaronline, MCA offer RM60,000 untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat tentang nasib yang menimpa budak itu.

Dan semalam juga thestar ada siar artikel pasal kes-kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia sejak zaman 1980-an lagi. Ironi pada artikel itu adalah, semua pihak yang ditanya pendapat berpendapat bahawa ibu bapa kanak-kanak malang itu bersalah.

Maka,mari kita jenguk apa yang berlaku. Kebanyakkan kes kehilangan kanak-kanak ini berpunca dari rumah atau dalam kereta yakni ibu bapa sama ada membenarkan anak mereka yang masih kecil dan tak tau apa-apa tu keluar sendirian atau lagi teruk seperti dalam kes william ini, ibu bapa tinggalkan anak dalam kereta untuk ke kedai barang eletrik.

Aku pun tak faham apa masalah mental ibu bapa itu yang boleh tinggalkan anak mereka macam tu sahaja. Aku adik aku yang dah masuk universiti pun aku tak bagi kuar sensorang apatah lagi budak budak ini. Banyak alasan "ala kejap je,xde apa la", tapi sebanyak mana kejap itu membawa kepada kes-kes yang kita boleh baca sendiri.

Budak kecik perlukan pengawasan ibu bapa, ibu bapa bertangungjawap mendidik anak-anak dan memastikan anak mereka itu selamat. Anak itu amanah tuhan kepada ibu bapa supaya menjadi seorang yang bertanggungjawap. Takde bende yang lagi penting dalam dunia ini selain nyawa anak anak tu. Nak pegi kedai letrik,nak masuk opis kejap amek fail, nak pegi beli nasik lemak rendang skalipun, make sure bawak anak tu atau suruh orang jaga anak tu.

Whatever pun, kelak mesti ada pihak pihak yang akan sokong ibu bapa yang kehilangan anak mereka itu patut dikasihani dan tak patut dibebankan dengzn kes mahkamah. Namun, if the child is still alive for sure dia jugak akan dakwa parents die yang lalai dan pentingkan diri sendiri itu. Ibu bapa seperti itu sepatutnya disepuk kepala laju laju biar padan muka.

1 comment:

Summer Hafatin said...

kadang-kadang budak-budak boleh lemas dalam kereta atau hand break kereta terturun dan kereta tu berjalan sendiri atau pencuri kereta nak curi kereta dia curi dgn budak tu sekali...